SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MSSM GOLF 2018

Wednesday, 17 October 2012

MASA DEPAN GOLF MALAYSIA

Rancang hantar pemain golf MSSM ke luar negara




KEMENTERIAN Pendidikan sedang berbincang dengan Persatuan Golf Malaysia (MGA) untuk berkolaborasi melatih pemain golf peringkat sekolah yang berpotensi menjadi pemain golf profesional antarabangsa.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata antara perkara yang dibincangkan ialah jumlah  pelajar yang akan dihantar ke Amerika Syarikat (AS)  untuk melanjutkan pelajaran sambil mengikuti latihan sukan golf.
"Ini kerana program sebegini melibatkan kos yang tinggi. Namun jika semuanya berjalan lancar Kementerian Pendidikan merancang untuk menghantar kumpulan pertama pelajar tahun depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis mesra Menteri Pendidikan bersama atlet murid golf pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kelab Golf Saujana Impian di sini hari ini.
Antara perkara lain yang dibincangkan bersama MGA ialah sama ada untuk menghantar murid selepas menamatkan tingkatan tiga bagi menyambung persekolahan di Miami atau Florida contohnya dan seterusnya mengikuti program ijazah, katanya.
"Perkara lain yang perlu diberikan pertimbangan ialah apakah pelajar itu akan melibatkan diri sebagai pemain golf profesional semasa di AS atau pulang ke Malaysia terlebih dahulu," katanya dan menambah antara perkara yang turut perlu dipertimbangkan ialah mengenai soal penajaan.
Tambah Mahdzir, Bahagian Sukan dan Bahagian Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mendapatkan khidmat Persatuan Golf Malaysia dari segala aspek sebelum sebarang keputusan dibuat.
Menurutnya, setakat ini pemain golf profesional yang mengikuti latihan di AS adalah atas perbelanjaan  sendiri. - Bernama

Sunday, 4 March 2012

Contoh VIDEO



Contoh Video....

Aktiviti PKG

 




PKG SERDANG

PKG SERDANG

VISI & MISI

VISI

Pembudayaan Teknologi Pendidikan di Sekolah

MISI

Membina, Mempertingkatkan, dan Mengekal Keberkesanan Amalan Teknologi Pendidikan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Kreatif dan Inovatif.

Matlamat PKG

Matlamat PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara. PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020 selaras dengan dasar pembangunan Negara kita

Selamat Datang

Pusat Kegiatan Guru Serdang yang terletak di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Dato' Haji Zainudin. Berbekalkan sumber tenaga manusia dan peralatan yang minima, Pusat Kegiatan Guru Serdang atau ringkasnya PKG Serdang disandarkan harapan untuk menjadi pemangkin kepada perlaksanaan dasar pendidikan negara yang menyokong program Teknologi Pendidikan (TEKNOPEN) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pembestarian sekolah.